Antara Kesedihan atau Kebencian...Antara kecuaian atau kebodohan..Antara Keberanian atau kepandaian..
Dulu semasa penulis kecil, penulis tinggal bersama ibu dan ayah di Pontian...sebuah pekan kecil terletak di selatan Johor..tempat terletaknya Tanjung Piai..kawasan Asia terselatan..tiap-tiap hari semasa balik cuti sekolah..selalu duduk di pantai Pontian. Teringat saya pada waktu itu bila mana duduk berhadapan dengan Slet Melaka..terpampang Pulau Pisang..jauh jaraknya kira-kira 15 km..atau setengah jam menaiki bot..saya selalu tertanya-tanya ada apa di pulau berkenaan..
Lalu saya tanya kepada ayah saya apa ada di Pulau Pisang..jawab ayah saya.. di pulau berkenaan terdapat banyak kebun pisang..sebab itu namanya adalah Pulau Pisang.. dan juga ada rumah api ..itu Singapura yang punya....
Kenapa Singapura yang punya!!?? Kita tak boleh ambik balik ke!!????
Lama juga saya dihantui oleh persoalan ini dan lagi mengelirukan bila ditanya kepada ayah mana sampai bila mereka nak jaga rumah api ni....Ayah saya kata sampai bila-bila sebab pada masa dulu sultan dengan british ada perjanjian yang terkandung dalamnya berbunyi "selagi ada matahari terbit".. maka pada masa itu saya terasa sangat sedih .. dan pedih..
Bila timbul isu Pulau Batu Putih atau ''Pedra Bianca'' (kononnya nama moden dipanggil oleh orang asing yang jelas menampakkan seolah-olah pulau itu tiada berpenghuni) , maka saya segera teringatkan Pulau Pisang yang mempunyai kisah yang sama..